Jom KLIK Gambar

Air Terjun Sekayu

Salah satu tempat menarik di Terengganu yang harus anda kunjungi bagi menikmati keindahan alam semulajadi. Kawasan air terjun Sekayu yang menjadi tumpuan penduduk tempatan terutamanya pada hari Jumaat dan cuti awam ini, terletak 56km selatan-barat Kuala Terengganu, berdekatan Kuala Berang. Ia kawasan taman yang agak luas dan mempunyai rangkaian air terjun yang agak jauh ke dalam, berdekatan dengan lereng gunung. Air terjun utama terletak 15 minit dari pintu masuk taman. Perjalanan seterusnya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tingkat air terjun yang lebih menarik. Anda boleh berenang di kedua-dua kawasan terjun, sambil menikmati suasana dusun buah-buahan tropika yang terdapat di kawasan taman ini.

Untuk ke sini, anda boleh menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang (RM4), kemudian meneruskan perjalanan dengan teksi (RM15 satu hala). Memandangkan kawasan air terjun agak terpecil, anda boleh meminta pemandu teksi untuk menunggu (percuma untuk satu jam pertama, tapi bayaran RM12 dikenakan untuk jam seterusnya). Jika anda memandu kenderaan sendiri, berhati-hati apabila melalui kawasan kampung. Kerap-kali, jalan raya menjadi tempat laluan lembu- lembu penduduk tempatan. Kawasan Air Terjun Sekayu amat sesuai dijadikan destinasi persinggahan sebelum atau selepas bercuti di Tasik Kenyir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq