Jom KLIK Gambar

Sepah Dibubarkan Wujud Sepahtu Dan Kini Akan Muncul Sepah The Movie


Sepah The Movie

Sepah Dibubarkan Wujud Sepahtu Dan Kini Akan Muncul Sepah The Movie

Walaupun kumpulan Sepah sudah berpecah, namun Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd Noor Murad (Mamat), 26 perlu terus berkerjasama untuk menjayakan projek terbaru di bawah nama Sepah. Petang tadi telah diadakan satu sidang media bagi mengumumkan penglibatan Sepah untuk filem berjudul Sepah The Movie.

Sepah The Movie Layar Perak Tak Lama Lagi!

Filem pertama terbitan PTV Film Production itu bakal diarahkan oleh MP Roslin dan skripnya ditulis oleh ZH Emdee. Dengan konflik yang sedang dihadapi oleh ketiga-tiga individu ini, timbul persoalan sama ada mereka boleh berkerjasama bagi menjayakan filem bergenre aksi komedi ini. Ini kerana walaupun masing-masing menafikan mereka bergaduh, tetapi jelas kelihatan Shuib dan Jep cuba menjauhi Mamat ketika sidang media berlangsung.
Mengulas perkara ini, Jep yang kini menggunakan nama Sepahtu bersama Shuib memberitahu yang dia dan rakannya itu tidak punya masalah untuk berlakon bersama-sama Mamat. Jelas Jep, kontrak untuk filem Sepah The Movie telah ditandatangani sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpecah.
“Walaupun kami tidak lagi bersama sebagai satu kumpulan, tetapi saya dan Shuib tidak ada masalah untuk berlakon bersama Mamat. Ini kerana kami masih berkawan seperti dahulu. Saya rasa tidak ada masalah untuk mencari keserasian kerana kami sudah saling mengenali dalam tempoh yang lama. Lagipun, kami perlu bersikap professional,” ulas Jep.
Bagi Mamat pula, dia juga bersetuju dengan pandangan Jep itu. Jelas bekas kekasih Fida ini, dia telah mengganggap Jep dan Shuib sebagai sahabatnya dan dia tidak melihat perpecahan Sepah itu sebagai satu halangan untuk dia memberikan yang terbaik untuk filem yang cuba mengangkat populariti Sepah itu.
“Mereka adalah sahabat saya. Kami pernah sama-sama menjulang satu gelaran yang cukup besar. Saya tidak anggap mereka ‘menikam’ saya apabila menubuhkan kumpulan Sepahtu. Secara peribadi, saya tidak rasa akan timbul masalah ketika penggambaran nanti,” ulas Mamat pula.
Penerbit juga yakin
Sementara itu, penerbit Sepah The Movie, RM Rhea, turut menyuarakan keyakinannya terhadap ketiga-tiga individu ini. Baginya, Jep, Shuib dan Mamat adalah kawan lama dan tidak mungkin mereka tidak boleh berkerjasama lagi.
“Saya mengikuti perkembangan Sepah ini sejak mereka mula menjuarai program Raja Lawak. Sejak itu, saya sudah suka dengan gaya lakonan yang mereka tampilkan. Sebab itu saya ambil keputusan untuk buat sebuah filem yang menampilkan kumpulan ini sebagai bintang utama. Dengan konflik yang sedang mereka hadapi ketika ini, saya masih lagi berkeyakinan terhadap mereka. Saya tahu mereka akan berikan yang terbaik. Mereka profesional. Mereka berjaya membawa dimensi baru dalam dunia lawak jenaka tanah air. Pendek kata, keserasian mereka memang terserlah dari awal lagi,” ulas RM Rhea.

BILA PENGGAMBARAN SEPAH THE MOVIE AKAN BERMULA?

Penggambaran Sepah The Movie akan bermula pada 17 Oktober ini dan ia dijalankan sepenuhnya di Johor Bahru. Satu keistimewaan filem ini ialah, dia akan memaparkan kehebatan Sepah beraksi dalam sukan motor lasak motorcross . Selain Sepah, ia turut dibintangi oleh Jehan Miskin dan dua bakat baru Ramona Zamzam dan Anzalna Nasir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq