Jom KLIK Gambar

BERMODALKAN AIR LIUR TIPU 4 ISTERI, LELAKI BERJAYA TAMBAH 2 CAWANGAN BARU

 BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.
KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.
Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.
Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.
Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.
“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq