Jom KLIK Gambar

Setem Ombak Rindu Edisi Terhad 2012

Siapa dah menonton flem Ombak Rindu yang berjaya mengutip RM10.90 juta sekaligus mendapat ranking kedua selepas KL Gangster dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta.
Filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel tulisan Fauziah Ashaari ini telah menghasilkan setem Ombak Rindu edisi terhad 2012. Dengan kerjasama Tarantella Pictures dan Astro Shaw bersama Pos Malaysia akan memulakan jualan setem Ombak Rindu ini bermula hari ini, 25 Mac 2012 di 14 Pejabat Pos yang terpilih dan 10% akan diberi kepada pembeli hari ini.
Bagi yang tak berpeluang ke Pejabat Pos yang terpilh tu jangan risau, sebab korang boleh membeli Setem Ombak Rindu secara online menerusi laman web PostMe. Kalau teringin nak dapatkan koleksi Setem Ombak Rindu nie, kena cepat-cepat sebab hanya 1,000 album setem serta set folder koleksi sahaja yang dihasilkan. Nak tengok lagi koleksi Setem Ombak Rindu yang lain?
Berminat? Jangan lupa dapatkan Setem Ombak Rindu di pejabat Pos terpilih atau secaraonline… Pasti lepas nie banyak lagi koleksi setem daripada filem Malaysia macam nie kan.Wait and see… Heee….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq