Jom KLIK Gambar

Ahmad Idham: Aaron Aziz Harus Perjuang Filem Melayu Di Singapura


“Saya sebenarnya faham akan sentimen yang Zed Zaidi cuba bawakan dalam isu Aaron Aziz namun ini pandangan positif saya dalam pengaruh Aaron Aziz masa kini,” Ahmad Idhammembuka bicara ketika di’hubungi wartawan kami.
Rasanya satu Malaysia sudah tahu isu berkaitan perjuangan Zed Zaidi untuk artis artis tempatan selepas kemenangan berganda Aaron Aziz di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 25 yang berlangsung baru baru ini.
“Kita lihat situasi begini, Aaron Aziz kini cukup berpengaruh di’kalangan peminat Malaysia dan ramai produser sudah mengambil beliau berlakon dalam pelbagai filem. Kenapa tidak beliau perjuangkan filem Melayu di Singapura?”
Ahmad Idham berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut akan kemenangan Aaron Aziz yang terang & nyata merupakan pilihan rakyat Malaysia walaupun lebih gembira jika rakyat Malaysia yang berjaya menggenggam trofi.
Menurut Ahmad Idham, walaupun penerbit filem Malaysia selalu mencanangkan yang mereka membuka tayangan di Singapura namun hakikatnya  adalah hanya sebuah panggung dengan kapasiti 60 orang penonton.
“Singapura mempunyai pasaran yang cukup bagus untuk filem Melayu dari Malaysia namun kenapa big player seperti Cathay tidak berani tayangkan filem filem kita di’sana?”, ujar beliau lagi yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah.
Ahmad Idham menambah yang industri hiburan Malaysia sudah cukup terbuka menerima selebriti luar untuk mencari rezeki di’sini dan Aaron Aziz boleh menggunakan posisi beliau sekarang ini untuk membalas jasa Malaysia dengan membawa filem tempatan ke panggung besar di Singapura.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq