Jom KLIK Gambar

Keldai Tertua Di Dunia

Keldai ini dipercayai dilahirkan pada tahun 1957 (sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia) dan kini memegang rekod sebagai keldai tertua di dunia. Keldai ini diberi nama Eeyore, sempena nama watak keldai dalam siri kartun Winnie The Pooh. Pada umur 54 tahun, Eeyore telah menjangkaui batasan yang mana keldai lain hanya mampu hidup di antara 25-30 tahun.




Pemiliknya, Selwyn Demmy, 78 tahun, seorang ‘bookmaking tycoon‘ terkenal telah mengambil Eeyore untuk tinggal bersamanya di Chesire awal bulan ini dan mendapati bahawa Eeyore pernah dimiliki oleh 2 orang tuan sebelum ini selama lebih 50 tahun. Sebelum ini Eeyore dimiliki oleh seorang remaja perempuan yang berusia 20 tahun pada ketika itu dan kini wanita itu telah berusia 72 tahun dan membuktikan bahawa Eeyore telah hidup lebih dari 50 tahun.

Demmy yang mengambil banyak haiwan tak bertuan untuk menjadi temannya sejak 1983, sehingga digelar Dr Doolitle oleh kawan-kawannya. Sejak dari itu, sudah lebih seratus ekor binatang pernah datang dan pergi di ladangnya.


Demmy berkata bahawa sahabat baik Eeyore, 2 ekor Llama yang diberi nama Freddie dan Merlin telah mati beberapa minggu lepas, dan kini, Demmy telah membeli 2 ekor kambing, Andy dan Pandy untul menemani keldai kesayangannya itu. Demmy juga berharap Eeyore akan hidup dengan lebih lama dengan adanya teman barunya.

Sebelum ini, seekor keldai bernama Lively Laddie dikatakan keldai tertua pada umur 64 tahun, namun rekodnya tidak dikira kerana usianya tidak dapat disahkan oleh mana-mana saksi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq