Jom KLIK Gambar

Tau Tak Bahaya minum TEH panas & TEH ais bagi kesihatan

Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran menyebutkan, meminum teh dalam keadaan masih panas (lebih dari hangat) dapat menyebabkan Barah Kerongkong.


Pada penelitian terdahulu, dalam British Medical Journal dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor.

so, perokok boleh menarik sedikit nafas lega kerana bukan hanya merokok yang boleh menyebabkan barah kerongkong..hehehe..

Meminum teh panas dengan temperatur di atas 70 darjah celcius sama dengan meningkatkan risiko barah kerongkong lapan kali ganda lebih besar jika dibandingkan Anda meminumnya dalam keadaan hangat, iaitu di bawah 65 darjah, demikian penjelasan peneliti seperti dinyatakan Reuters.

Bersama pasukanya, Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel penelitian karena Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tingkat kebiasaan merokok dan minum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui, hampir semua penduduknya meminum teh hitam secara rutin, sebanyak satu liter setiap harinya. ( WOw banyaknyer )

Hasilnya, orang yang selalu meminum teh kurang dari dua minit setelah dituangkan, berisiko memicu berkembangnya barah lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu empat minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong. OWH !!

Dibandingkan dengan meminum teh hangat atau suam kuku pada temperatur 65 darjah Celsius atau kurang, meminum teh panas, antara 65 dan 68 darjah Celsius, berkaitan dengan dua kali risiko barah kerongkong, dan meminum teh yang sangat panas pada 70 darjah Celsius atau lebih berkaitan dengan peningkatan lapan kali ganda.

Akibat barah kerongkong cukup mengerikan. Tercatat setiap tahunnya lebih dari 500.000 orang di dunia meninggal akibat penyakit ini. Penyakit ini tumbuh subur terutama di daerah Asia, Afrika, dan Amerika Selatan. Barah ini termasuk mematikan, dengan rata-rata kesembuhan sekira 12 hingga 31 peratus, itu pun memerlukan waktu yang cukup lama, sekitar 5 tahun.

"Hasil penelitian memperlihatkan peningkatan kuat resiko OSCC yang berhubungan dengan meminum teh panas atau sangat panas,". Mereka menyarankan orang mesti menunggu beberapa minit sebelum meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air mendidih.

Laporan itu juga memberi dukungan kepada pendapat bahwa cedera karena tersengat hawa panas mungkin menjadi penyebab barah"epithelium", kendati cara panas meningkatkan perkembangan tumor belum diketahui.

Dari penelitian tersebut dapat disimpulkan bahwa mengkonsumsi minuman dalam keaadaan panas berbahaya bagi kesehatan Anda. Apa lagi ditambah dengan makanan yang panas pulak. Lebih baik teh atau minuman lain diminum dalam keadaan hangat.

Bahaya Minum Teh Ais Bagi Kesehatan Ginjal

Siapa diantara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui dimanapun tempat kita makan, dari warung pinggir jalan sampai restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah mendarah daging di masyarakat kita, meski dikemas dalam bentuk apapun itu, Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, kesegaranlah yang kita dapatkan, apalagi di Bulan Puasa , menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais.

Tapi tahukah Anda, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merugikan bagi kesehatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahwa konsumsi teh ais berlebih meningkatkan risiko menderita batu ginjal.

Seperti dikutip dari laman Times of India, teh ais mengandung konsentrasi tinggi oksalat, salah satu bahan kimia kunci yang memicu pembentukan batu ginjal. "Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten profesor Departemen Urologi, yang tergabung dalam penelitian.

Milner mengatakan, teh panas sebenarnya juga menyimpan efek buruk yang sama. Hanya, takaran penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logikanya, orang meminum teh panas tak akan sebanyak minum teh ais. Jarang orang yang mengonsumsi teh panas saat haus. Berbeda dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas saat haus dan udara panas.

Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkat estrogen rendah, dan wanita yang pernah menjalani pembedahan pengangkatan indung telur paling rentan terpapar akibat buruk teh ais. Oleh karenanya, Milner menyarankan, mengganti konsumsi minuman itu dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. "Lemon kaya kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu ginjal," kata Milner.

Batu ginjal adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemukan dalam air seni, ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing .

Peneliti juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan efek buruk. Mereka menyebut antara lain: bayam, cokelat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, konsumsi teh ais dan makanan-makanan itu secara moderat demi kesehatan ginjal. Padukan pula dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu saja perbanyak minum air putih (air masak ).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Che’gu Sha’ari Mengajar Guna Facebook

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bertudung Lawan Tidak Bertudung , Siapa Menang ?


Assalamualaikum ,
semasa blogwalking , aku berminat dengan entry ni ..
credit to Kaki Facebook

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

10 Jambatan Terpanjang Di Dunia


Dulu Jambatan Pulau Pinang adalah Jambatan ke tiga Terpanjang di dunia. Namun setelah belasan tahun kemudian,Malaysia kini berada tempat ke 6, jatuh tiga anak tangga dari senarai 10 Jambatan terpanjang di dunia.

10. Seven Mile Bridge,Mexico

9. San Mateo-Hayward Bridge,California.

8. Confederation Bridge,Canada.

7. Rio-Niteroi Bridge,Brazil.

6. Penang Bridge,Malaysia.

5. Vasco da Gama Bridge,Portugal.

4. Chesapeake Bay Bridge,U.S. state of Maryland.

3. King Fahd Causeway,Bahrain.

2. Donghai Bridge,China.

1. Lake Pontchartrain Causeway,southern Louisiana.
38.42km Panjang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu. 


Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. 


Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian. 


Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. 


Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.


"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. 


Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya. 


"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam. 


"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya.  


Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. 


Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu. 



Bob yang juga penulis lirik lagu kesukaan ramai 'Isabella' diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan. 


Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.    


Mengulas perkara itu, Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.


Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan suatu tindakan yang tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.


"Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya. 


Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan. 


"Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah.


"Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya. 


Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati. 


Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN. 


"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah. 


"Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah. 


"Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau. 


Ketika diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat tengah hari ini, Bob Lokman turut sibuk ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah atas undangan pihak tertentu.


Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno terlibat dalam pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu.


Antara jam 9.45 hingga 12 malam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jais bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, No 2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.


Sementara itu, Adun Meru yang Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad telah ditarik balik tauliah oleh Jais.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman




RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”
 

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
 

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
 

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
 

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
 

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
 

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
 

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
 

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
 

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

POKOK HIASAN BERACUN





Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
 

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
 

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
 

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
 

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sepah Dibubarkan Wujud Sepahtu Dan Kini Akan Muncul Sepah The Movie


Sepah The Movie

Sepah Dibubarkan Wujud Sepahtu Dan Kini Akan Muncul Sepah The Movie

Walaupun kumpulan Sepah sudah berpecah, namun Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd Noor Murad (Mamat), 26 perlu terus berkerjasama untuk menjayakan projek terbaru di bawah nama Sepah. Petang tadi telah diadakan satu sidang media bagi mengumumkan penglibatan Sepah untuk filem berjudul Sepah The Movie.

Sepah The Movie Layar Perak Tak Lama Lagi!

Filem pertama terbitan PTV Film Production itu bakal diarahkan oleh MP Roslin dan skripnya ditulis oleh ZH Emdee. Dengan konflik yang sedang dihadapi oleh ketiga-tiga individu ini, timbul persoalan sama ada mereka boleh berkerjasama bagi menjayakan filem bergenre aksi komedi ini. Ini kerana walaupun masing-masing menafikan mereka bergaduh, tetapi jelas kelihatan Shuib dan Jep cuba menjauhi Mamat ketika sidang media berlangsung.
Mengulas perkara ini, Jep yang kini menggunakan nama Sepahtu bersama Shuib memberitahu yang dia dan rakannya itu tidak punya masalah untuk berlakon bersama-sama Mamat. Jelas Jep, kontrak untuk filem Sepah The Movie telah ditandatangani sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpecah.
“Walaupun kami tidak lagi bersama sebagai satu kumpulan, tetapi saya dan Shuib tidak ada masalah untuk berlakon bersama Mamat. Ini kerana kami masih berkawan seperti dahulu. Saya rasa tidak ada masalah untuk mencari keserasian kerana kami sudah saling mengenali dalam tempoh yang lama. Lagipun, kami perlu bersikap professional,” ulas Jep.
Bagi Mamat pula, dia juga bersetuju dengan pandangan Jep itu. Jelas bekas kekasih Fida ini, dia telah mengganggap Jep dan Shuib sebagai sahabatnya dan dia tidak melihat perpecahan Sepah itu sebagai satu halangan untuk dia memberikan yang terbaik untuk filem yang cuba mengangkat populariti Sepah itu.
“Mereka adalah sahabat saya. Kami pernah sama-sama menjulang satu gelaran yang cukup besar. Saya tidak anggap mereka ‘menikam’ saya apabila menubuhkan kumpulan Sepahtu. Secara peribadi, saya tidak rasa akan timbul masalah ketika penggambaran nanti,” ulas Mamat pula.
Penerbit juga yakin
Sementara itu, penerbit Sepah The Movie, RM Rhea, turut menyuarakan keyakinannya terhadap ketiga-tiga individu ini. Baginya, Jep, Shuib dan Mamat adalah kawan lama dan tidak mungkin mereka tidak boleh berkerjasama lagi.
“Saya mengikuti perkembangan Sepah ini sejak mereka mula menjuarai program Raja Lawak. Sejak itu, saya sudah suka dengan gaya lakonan yang mereka tampilkan. Sebab itu saya ambil keputusan untuk buat sebuah filem yang menampilkan kumpulan ini sebagai bintang utama. Dengan konflik yang sedang mereka hadapi ketika ini, saya masih lagi berkeyakinan terhadap mereka. Saya tahu mereka akan berikan yang terbaik. Mereka profesional. Mereka berjaya membawa dimensi baru dalam dunia lawak jenaka tanah air. Pendek kata, keserasian mereka memang terserlah dari awal lagi,” ulas RM Rhea.

BILA PENGGAMBARAN SEPAH THE MOVIE AKAN BERMULA?

Penggambaran Sepah The Movie akan bermula pada 17 Oktober ini dan ia dijalankan sepenuhnya di Johor Bahru. Satu keistimewaan filem ini ialah, dia akan memaparkan kehebatan Sepah beraksi dalam sukan motor lasak motorcross . Selain Sepah, ia turut dibintangi oleh Jehan Miskin dan dua bakat baru Ramona Zamzam dan Anzalna Nasir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Keputusan Bajet 2012 | Keputusan Belanjawan 2012


RINGKASAN KEPUTUSAN PEMBENTANGAN BAJET 2012

KEPUTUSAN BELANJAWAN 2012
PENJAWAT AWAM NAIK GAJI LAGI 
  • BAJET 2012 PERUNTUKAN PEMBANGUNAN: SEKTOR EKONOMI: RM29.8 BILION, SEKTOR SOSIAL: 13.6 BILION, SEKTOR KESELAMATAN: 4.4 BILION, PENTADBIRAN AM 1.4 BILION & SIMPANAN LUAR JANGKA: RM2 BILION
  • MELIBERALISASIKAN 17 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN
  • DANA MUDAHCARA PERKONGSIAN AWAM-SWASTA (PPP) – RM2.5 BILION DAN 300 JUTA UNTUK USAHAWAN BUMIPUTRA
  • DANA PEMBIAYAAN PKS PATUH SYARIAH BERJUMLAH RM2 BILION
  • DANA INOVASI PENGKOMERSIALAN PKS PATUH SYARIAH BERJUMLAH RM JUTA. KERAJAAN MENANGGUNG 2% DARIPADA KADAR KEUNTUNGAN.
  • DANA SME REVITALISATION FUND BERJUMLAH RM100 JUTA KEPADA USAHAWAN BERWIBAWA UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA PERNIAGAAN.
  • DANA KECEMASAN PKS BERJUMLAH RM10 JUTA BAGI PEMBIAYAAN PKS YANG TERLIBAT DENGAN BENCANA ALAM.
  • PROGRAM PENERAPAN & PEMBANGUNAN INVOASI DI PERINGKAT SEKOLAH DAN IPTA.
  • PROGRAM JEJAK INOVASI BAGI MENGGALAKKAN PENCETUSAN IDEA BARU.
  • MEMPERKENALKAN ANUGERAH CIPTA 1MALAYSIA.
  • PROGRAM REALITI DAN DOKUMENTARI DI MEDIA.
  • PENYEDIAAN MARKET VALIDATION FUND (RM30 BILIION)
  • TABUNG KHAS PEMBINAAN, PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH – RM1 BILION
  • BAYARAN TAMBAHAN BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGA – MANSUH
  • POTONGAN CUKAI KEPADA PENDERMA PROGRAM PERSEKOLAH (INDIVIDU & SYARIKAT)
  • MEWUJUDKAN PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) SEBAGAI PUSAT INTEGRASI PERKHIDMATAN – PERLUASAN DI KEDAH, JOHOR, SABAH & SARAWAK.
  • DANA PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI GOLONGAN PROFESIONAL BERJUMLAH RM100 JUTA RINGGIT SECARA PINJAMAN MUDAH DENGAN KADAR FAEDAH 4%
  • PROJEK LONJAKAN MEGA LUAR BANDAR DI 6,500 HEKTAR KAWASAN PROJEK AGROPOLITAN SELURUH NEGARA (RM110 JUTA)
  • PROJEK PENYELENGARAAN AWAM- ASAS (PIA-PIAS), RM500 JUTA
  • PROJEK BEKALAN AIR RETIKULASI DI SABAH DAN SARAWAK DAN PROJEK INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR – FELDA; SERTA KEMUDAHAN BEKALAN AIR BERSIH – LADANG ESTET (RM50 JUTA BAGI PENYAMBUNGAN PAIP & PEMBERIAN TARIF DOMESTIK)
  • AKSES PERKHIDMATAN PERBANKAN – MELANTIK 5,000 AGEN BSN.
  • PERKHIDMATAN BAS LUAR BANDAR – KEMUDAHAN PEMBIAYAAN RM150 JUTA
  • KEBAJIKAN ORANG ASLI – PROGRAM PEMBANGUNAN & PEMINDAHAN PENDUDUK
  • SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
  • MEWUJUDKAN DASAR PEMISAH ATAU EXIT POLICY
  • MENAMBAH BAIK STRUKTUR GAJI PENJAWAT AWAM MENGIKUT GRED
  • MENAMBAH BAIK SKIM PERKHIDMATAN MENGIKUT SISTEM TIME-BASE. HANYA MENGAMBIL 8 TAHUN SAHAJA.
  • MELANJUTKAN UMUR PERSARAAN WAJIB PARA PENJAWAT AWAM DARI 58 TAHUN KEPADA 60 TAHUN.
  • BANTUAN YURAN PENGAJIAN – IJAZAH SARJANA MUDA (20,000 TEMPAT), IJAZAH SARJANA (5,000 TEMPAT) & PHD (500 TEMPAT)- PERUNTUKAN RM80 JUTA
  • BAYARAN KHAS SEBANYAK RMK RIBU KEPADA KAKITANGAN YANG TELAH MENAMATKAN KONTRAK DARI JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) , DAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS).
  • PROGRAM ARMY CARE – MENAIK TARAF & MENYELENGGARA KUARTERS TENTERA – PERUNTUKAN RM500 JUTA
  • BAYARAN KHAS SEBANYAK RM3 RIBU KEPADA BEKAS ANGGOTA SERTA DUDA DAN BALU POLIS KHAS DAN POLIS TAMBAHAN YANG PERNAH BERKHIDMAT MENJAGA KESELAMATAN NEGARA SEMASA ZAMAN DARURAT.
  • MEMPERBANYAKKAN PROGRAM LADANG KONTRAK. SERAMAI 4,500 USAHAWAN TANI DIJANGKA MENDAPAT MANFAAT.
  • PEMBERIAN SUBSIDI, INSENTIF DAN BANTUAN BERJUMLAH RM2.3 BILLION
  • PENERUSAN PEMBERIAN SUBSIDI BIL ELEKTRIK RM20
  • PERLUASAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M) MELIPUTI KEPERLUAN HARIAN PENGGUNA PADA HARGA SEHINGGA 40% LEBIH RENDAH.
  • MEMBUKA UNIT AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT DI SELURUH NEGARA.
  • SKIM RUMAH PETAMAKU – MENINGKATKAN HAD MAKSIMUM HARGA RUMAH DARIPADA RM220 RIBU KEPADA RM400 RIBU BAGI PEMBIAYAAN BERSAMA SUAMI ISTERI.
  • SKIM PERUMAHAN RAKAYAT 1MALAYSIA (PR1MA) – DIPERLUASKAN KE KAWASAN LUAR LEMBAH KLANG & PUTRAJAYA, 7700 UNIT AKAN DI BINA.
  • PEMBELIAN RUMAH SECARA KAEDAH BINA KEMUDIAN JUAL (BUILT AN SELL) MELALUI PEMBIAYAAN PATUH SYARIAH – PEMBIAYAAN RM600 RIBU KE BAWAH.
  • PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT OLEH SPNB, 10,000 UNIT DENGAN KERAJAAN MENYEDIAKAN SUBSIDI SEBANYAK RM200 JUTA
  • TABUNG KHAS PERUMAHAN NELAYAN UNTUK MEMBINA RUMAH YANG LEBIH SELESA DAN DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN ASAS BAGI NELAYAN – TABUNG KHAS RM300 JUTA UNTUK BAIK PULIH.
  • MENAMBAHBAIK BLOK BERSALIN HOSPITAL PUTRAJAYA DAN MENAIKTARAF HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)
  • RM300 JUTA UNTUK MEMBAIK PULIH HKL.
  • MEMPERKENALKAN JADUAL KERJA FLEKSI PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH – MENAIKKAN ELAUN ON-CALL SEMALAMAN RM30 – RM80
  • PENGECUALIAN 100% DUTI EKSAIS DAN CUKAI JULAAN KE ATAS PEMBELIAN TEKSI BARU BUATAN TEMPATAN.
  • PENGECUALIAN BAYARAN BALIK DUTI EKSAIS DAN CUKAI JALAN KE ATAS TEKSI YANG BERUSIA LEBIH DARI TUJUH TAHUN YANG DIJUAL ATAU DITUKAR MILIK.
  • MEMANSUHKAN CUKAI JALAN KE ATAS TEKSI BAJET PERSENDIRIAN.
  • PEMBERIAN SUBSIDI KADAR FAEDAH SEBANYAK 2% UNTUK MEMILIKI TEKSI BARU BUATAN TEMPATAN.
  • KESELURUHAN MANFAAT PEMILIK TEKSI BAJET = RM7,500
  • MENAWARKAN BANTUAN GUAMAN SECARA PERCUMA KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MEMBAYAR FI GUAMAN TINGGI.
  • MENYEDIAKAN PUSAT KHIDMAT BANTUAN SOSIAL YANG DIKENALI SEBAGAI ANJUNG SINGGAH UNTUK PERLINDUNGAN SEMENTARA GOLONGAN GELANDANGAN.
  • MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN YANG BERSESUAIAN BAGI MENARIK GOLONGAN PROFESIONAL WANITA UNTUK KEMBALI KE PASARAN PEKERJAAN.
  • AMANAH IKHTIAR MALAYSIA AKAN MENYEDIAKAN RM2.1 BILLION KEPADA USAHAWAN DALAM BENTUK PEMBIYAAN PINJAMAN
  • MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SUNTIKAN PERCUMA IMUNISASI HPV (HUMAN PAPILLOMA VIRUS) – RM150RINGGIT BAGI 3 SUNTIKAN. PERUNTUKKAN 50 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN.
  • PENUBUHAN SYARIKAT MODAL TEROKA MILIK KERAJAAN MYCREATIVE VENTURE CAPITAL YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGGALAKKAN PENGLIBATAN GOLONGAN MUDA MENEROKAI BIDANG INDUSTRI KREATIF – DANA PERMULAAN RM200 JUTA
  • PROGRAM STRATEGIK UNTUK BELIA 1MALAYSIA ATAU STRATEGIC ACTION FOR YOUTH (SAY 1MALAYSIA) -PERUNTUKAN RM200 JUTA
  • RM15 JUTA UNTUK 150 GELANGGANG FUTSAL TAMBAHAN DI SELURH NEGARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT SATU GELANGGANG SATU MUKIM.
  • 50 JUTA RINGGIT UNTUK 30 PADANG TIRUAN ATAU ARTIFICIAL TURF YANG DILENGKAPI LAMPU LIMPAH.
  • PERCUMA UNTUK WARGA EMAS – CAJ PENDAFTARAN PESAKIT LUAR DI SEMUA HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN TERMASUK KLINIK 1MALAYSIA SERTA PERGIGIAN MILIK KERAJAAN.
  • BANTUAN RM500 KEPADA ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM3,000 DAN KE BAWAH
  • MEMBENARKAN PENDAFTARAN AWAL MENUNAIKAN HAJI MELALUI KAEDAH PENGHADANGAN AKAUN 2 PENCARUM – SEBNYAK RM1,300
  • MENGKAJI DAN MENAIKKAN ELAUN AHLI PARLIMEN – HANYA DENGAN PERSETUJUAN AHLI KERAJAAN DAN PEMBANGKANG SERTA PARTI BEBAS

p/s Nampaknya pembentangan belanjawan negara telah selesai dan keputusan Bajet 2012 dapat kita ketahui....yang banyak mendapat keuntungan adalah penjawat awam...tapi pekerja swasta seperti dipinggirkan oleh kerajaan...Pekerja Swasta ini macam tak menyumbangkan hasil pendapatan negara ke...????

Sumber asal : upprofits.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

7 PERKARA GANJIL...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita… 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq