Jom KLIK Gambar

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
Pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 adalah empat nama besar iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira, Didie Alias dan Zizan (Raja Lawak) bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011). Penyampai trofi dan artis yang bakal membuat persembahan di malam kemuncak Bintang Popular Berita Harian   ABPBH 2011.
Gandingan artis dan personaliti baru, muda serta yang lama menjanjikan malam anugerah itu akan lebih mantap dan menghiburkan. Antara artis yang bakal menyampaikan trofi ABPBH 2011. pada malam  ini antaranya Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Datin Seri Normala Samsuddin, Adi Putra, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Fazura dan Wan Maimunah.
Selain itu Datuk M. Nasir, Datuk Shiela Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Alyah, Adira, Anuar Zain, Aizat, Azlan Typewriter, Black, Najwa Latif, Ramlah Ram dan Jaclyn Victor. Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bakal mengiringi persembahan artis pada malam itu nanti.
Tambah menarik barisan pelakon seperti Lisdawati, Fauzi Nawawi, Aaron Aziz, Maria Farida, Maya Karin, Watie (Elite) dan beberapa nama lain turut membuat persembahan istimewa. Dalam pada itu, ABPBH 2011 bakal mengangkat tema “Larger Than Life” untuk artis-artis yang bakal hadir nanti.
KEPUTUSAN PEMENANG ABPBH 2011 
BINTANG PALING POPULAR! -
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular -
Artis Duo/Berkumpulan Popular - 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
Artis Baru Lelaki Popular - Johan As’ari
Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla 
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Fasha Sandha
Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Maya Karin
Artis Komedi Lelaki Popular - Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
Pengacara TV Lelaki Popular - Zizan Razak
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Seri Perak – Dato Siti Nurhaliza
Anugerah pencapaian sepanjang hayat - Dato Shiela Majid
SENARAI FINALIS ABPBH 2011:-
Penyanyi Lelaki Popular
1) Aizat
2) Anuar Zain
3) Black Mentor
4) Faizal Tahir
5) Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
1) Alyah
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna
Artis Baru Lelaki Popular
1) Aeril Zafril
2) Awi Rafael
3) Beto Kusyairi
4) Hazama
5) Johan As’ari


Artis Baru Wanita Popular
1) Izara Aisyah
2) Najwa Latiff
3) Neelofa
4) Nur Fathia Latiff
5) Tasha Shilla


Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita Popular
1) Diana Danielle
2) Eja
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin
Pelakon TV Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Fauzi Nawawi
4) Fizz Fairuz
5) Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular
1) Fasha Sandha
2) Nora Danish
3) Rozita Che Wan
4) Scha al Yahya
5) Tiz Zaqyah
Artis Komedi Lelaki Popular
1) Afdlin Shauki
2) Along Cham
3) Johan Raja Lawak
4) Nabil Raja Lawak
5) Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Kenchana Dewi
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Ally iskandar
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Razak


Pengacara TV Wanita Popular
1) Cheryll Samad
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Nurul Syuhada
5) Raja Azura
Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Aznil Hj Nawawi
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Khairil Rashid
Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) Sharifah Shahira
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Sixth Sense
2) Bunkface
3) Fourteen
4) 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
5) Meet Uncle Hussain feat. Hazama 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

 
PLAT termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.
KUALA LUMPUR – Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.
“Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.
- Kosmo -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pereka Porsche 911 Meninggal

FRANKFURT, Jerman : Pereka model kereta sport Porsche 911, Ferdinand Alexander Porsche meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Cucu pengasas jenama automotif mewah itu menghembuskan nafas terakhirnya di Salzburg, Austria kelmarin. Punca kematiannya tidak didedahkan.
Dikenali sebagai F.A dalam kalangan kakitangan Porsche, beliau mengetuai sebuah firma reka bentuk pada tahun 1960-an.
Firma tersebut diberi tugas menggantikan model Porsche 356.
Porsche kemudian tampil dengan idea reka bentuk yang kemas, selain menggantikan enjin empat silinder kepada enjin lebih berkuasa iaitu enam silinder.
Model Porsche 911 dihasilkan pada tahun 1963. Sudah memasuki generasi ketujuh, model itu terus dikenali sehingga ke hari ini.
Pada asalnya, Porsche mahu menggunakan nama 901.
Namun, nombor itu ditukar kerana pengeluar kereta dari Perancis, Peugeot mendakwa pihaknya sudah mempatenkan nama kenderaan dengan nombor ’0′ pada bahagian tengahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Porsche, Matthias Mueller menyatakan penghormatannya ke atas Porsche dan menyifatkan beliau sebagai pengasas budaya reka bentuk dalam syarikat Porsche yang menjadikan kereta sport Porsche dikenali sehingga ke hari ini.
Lahir di Stuttgart, Jerman pada tahun 11 Disember 1935, Porsche ialah anak Ferry Porsche.
Beliau melanjutkan pelajaran ke Ulm School of Design dan menyertai syarikat Porsche pada tahun 1958.
Pada tahun 1972, Porsche menubuhkan Porsche Design Studio yang bertanggungjawab mereka bentuk askseori seperti cermin mata, jam dan pen. – Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Setem Ombak Rindu Edisi Terhad 2012

Siapa dah menonton flem Ombak Rindu yang berjaya mengutip RM10.90 juta sekaligus mendapat ranking kedua selepas KL Gangster dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta.
Filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel tulisan Fauziah Ashaari ini telah menghasilkan setem Ombak Rindu edisi terhad 2012. Dengan kerjasama Tarantella Pictures dan Astro Shaw bersama Pos Malaysia akan memulakan jualan setem Ombak Rindu ini bermula hari ini, 25 Mac 2012 di 14 Pejabat Pos yang terpilih dan 10% akan diberi kepada pembeli hari ini.
Bagi yang tak berpeluang ke Pejabat Pos yang terpilh tu jangan risau, sebab korang boleh membeli Setem Ombak Rindu secara online menerusi laman web PostMe. Kalau teringin nak dapatkan koleksi Setem Ombak Rindu nie, kena cepat-cepat sebab hanya 1,000 album setem serta set folder koleksi sahaja yang dihasilkan. Nak tengok lagi koleksi Setem Ombak Rindu yang lain?
Berminat? Jangan lupa dapatkan Setem Ombak Rindu di pejabat Pos terpilih atau secaraonline… Pasti lepas nie banyak lagi koleksi setem daripada filem Malaysia macam nie kan.Wait and see… Heee….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kreatif Punyer-Gitar Diperbuat Daripada Lego

Gitar ni dibuat dari lego sepenuhnya. Yang bestnya tu ia boleh berfungsi macam gitar biasa. Cuma kena tune balik lepas dah guna beberapa kali la. Unik itu best! Kau ada? Haha


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

10 Gambar lawak yang diambil tepat pada masanya







ouhhh....
drebar bas nak g berak...naek la cepat ckit...
jangan nak romantik sangatlah...
mati semasa ehem2....
ouhhhh...sakitnya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Tiga Selebriti Wanita Murtad

Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.
Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu “Kekasih Yang Tak Dianggap” itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje.
Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.
Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.
“Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,”ujar Deetje.
Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem “Ayat-Ayat Cinta”, Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.
Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja. Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.
Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani. Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi. Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.
“Saya tidak akan bercakap mengenainya,”kata Happy.
Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq