Jom KLIK Gambar

Asal - Usul Angry Bird


Atau

 

Pilih la yang mana korang suka dan logik..hahah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mercun Buatan Sendiri Terbesar Di Dunia


Tak ada kerja betul budak-budak nih...nak bunuh diri beramai-ramai ke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

BAYI GIGIT KEPALA ULAR[GAMBAR]

Ular yang digigit oleh Imad
BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.
Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.
“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,” katanya. – AFP

BACA DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

Thirteen-month-old Imad Aleeyan, who has six teeth, was found chewing on the head of the 12 inch snake by his mother, who alerted the neighbourhood with her screams.
“I was making his milk and I looked over and saw he had a snake in his mouth,” said his mother, Ghadir Aleeyan who lives in the Arab Israelitown of Shefa’Amr, 9 miles east of the port city of Haifa.
“I started to scream. I couldn’t believe my eyes,” she told AFP. “I nearly died of fright.”
Her screams brought the rest of the family – and the neighbourhood – running.
“We rushed in and found the baby with a snake in his mouth, chewing it. It was really scary, just horrible,” the boy’s aunt, Yasmin Shahin, said.

A neighbour who had rushed to see what was going on yanked the half-dead reptile out of the boys mouth and killed it, she said.
“When he pulled it out, Imad started crying,” she said, describing the snake’s head as “very badly chewed” when it emerged from the boys mouth.
They immediately checked the child for any bite marks but found none, with doctors at Rambam hospital in Haifa confirming he was unharmed.
“Doctors at the hospital told us the snake was really poisonous but that we were very lucky because they release less venom in the winter,” she said.
Dr Boaz Shacham, an expert on amphibians and reptiles, told AFP that from looking at images of the smashed-up serpent online, it appeared to be a coin-marked snake (hemorrhois nummifer), a non-venomous species which resembles a viper.
Such snakes grow up to three feet in length, he said suggesting it was a “very young” specimen.
“It probably didn’t bite the child because of the cold,” said Dr Shacham who is the head of the herpetology collection at the Hebrew University of Jerusalem.
“They are not really active in winter.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

Ini dia 10 artis waninta tercantik Malaysia apabila memakai tudung.Mereka tersangat cantik dan kita harapkan mereka terbuka hati untuk terus bertudung.Amin.
1. Fazura

2. Tiz Zaqyah
3. Fouziah Gous
4. Erra Fazira
5. Neelofa
6. Nora Danish
7. Lisa Surihani
8. Maya Karin
9. Fasha Sandha
10. Dato’ Siti Nurhaliza
So macam mane?Cantik?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kamal Ashnawi manusia terkaya didunia dari Malaysia

Kamal Ashnawi digelar orang paling kaya didunia dan paling menarik Kamal berasal dari Malaysia. Demi membuktikan dakwaan tersebut, dia telah menunjukkan penyata bank HSBC kepada pemberita sekaligus dia sepatutnya bergelar ‘trillionaire’ yang pertama didunia. Sebanyak RM20 Trillion telah tesimpan dalam Bank HSBC beliau.
Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005. Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri. Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian. Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

KUBUR UNTUK MEREKA YANG PALING MISKIN…SEDIHNYA.!!

SEBANYAK 30 buah keranda yang mengandungi mayat orang miskin dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens, Homewood
HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) – Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens pada Rabu lalu.
Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu.

Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya. – AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sms Yang Patut Di Baca Oleh Setiap Wanita


SMS di bawah sengaja ditulis oleh seorang penulis lelaki. Cuba menceritakan dari sudut pandangan lelaki untuk kebaikan semua muslimah supaya tidak dirosakkan dengan mudah oleh kata-kata manis! Moga Allah pelihara anda semua daripada hal yang tidak dingini berlaku:
Salam…. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..
Yang….. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..
Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
Hi syg,…. watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..
Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…
Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding.
Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
BERMULA ZINA YANG SEBENAR
huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…
(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..
Fikir-fikirkan lah….استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه
والله أعلم….

CREDIT KEPADA PENULIS ASAL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

‘Menyamar’ Sebagai Lelaki Untuk Meraba Gadis

AUSTRALIA – Seorang gadis yang berusia 19 tahun telah menyamar sebagai remaja ‘lelaki’ dengan tiga identiti yang berbeza dengan tujuan untuk meraba-raba rakan perempuannya.
Gemma Barker yang melakukan penyamaran terbabit memakai baju seperti lelaki  dan bertopi untuk memperdayakan dua orang gadis yang berumur 15 dan 16 tahun.
Anehnya, dua orang gadis tersebut terlalu percayakan Gemma dan terpedaya dengan profil diri yang ditunjukkan Gemma di laman sosial Facebook palsu miliknya.
Menurut laporan dari The Sun, Mahkamah Guildford Crown telah menyatakan pertuduhan terhadap Gemma di mana dia telah melakukan ‘hubungan cinta’ dengan gadis-gadis terbabit selama enam bulan termasuklah melakukan aksi cium, mendukung dan meraba.
Gemma telah diperkenalkan kepada ibu bapa dari salah seorang gadis terbabit namun, ibu bapa gadis tersebut juga tertipu dengan penyamarannya walaupun pernah berjumpa sebelum itu.
Bagaimanapun, penipuan Gemma berjaya dihidu oleh ‘kekasih-kekasihnya’ yang mengesyaki dia mempunyai identiti diri yang berbeza.
Aktiviti Gemma berjaya dikesan apabila dia mendakwa dirinya sebagai pelakon dan memuat naik gambarnya yang diambil bersama bintang ternama, Hollyoaks dan Kieron Richardson dan ditangkap oleh polis ketika sedang leka ‘berlakon’ seperti seorang pemuda.
‘Kekasih-kekasih’ Gemma terkejut apabila identiti sebenar ‘teman lelaki’ mereka terbongkar sewaktu diperiksa dan pakaian ditanggalkan oleh pihak polis di penjara dan mendapati dia adalah perempuan.
“Dia menyamar sebagai lelaki berusia 16 tahun hanya semata-mata untuk mempunyai hubungan seks dengan temannya,” kata Pendakwa raya Ruby Selva.
Barker atau nama penyamarannya, Staines dan Surrey telah memberikan alamat emel dan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan berusaha menyembunyikan identiti sewaktu di awal perkenalan.
Sementara itu, Gemma mengaku dengan tuduhan melakukan serangan seksual dan penipuan serta dalam proses menunggu keputusan psikologinya keluar dan akan dikenakan hukuman dua tahun penjara jika disabitkan kesalahan.
Hakim Peter Moss menyifatkan perlakuan Gemma ini sebagai kerja ‘gila’ dan ‘bahaya’.
Oleh: NAIMAH SHAARI

SUMBER : MYNEWSHUB.MY

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gambar Rekaan Kereta Proton terbaru Mengancam!

Beberapa buah kereta Proton yang berbentuk pelik dan tidak pernah dilihat umum sebelum ini telah diangkut oleh sebuah trailer panjang. Gambar kereta-kereta Proton yang mempunyai reka bentuk yang sangat luar biasa itu telah dirakam secara tidak sengaja oleh seseorang yang kebetulan memandu di atas jalan yang sama dengan lori pengangkut Proton ni. Mari kita lihat gambar rekabentuk Proton baru ni.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengakuan Dua Pelajar Terlanjur Seawal Usia 13 Tahun


KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.
Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.
Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.


KES 1 – ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.
Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.
Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.
Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.
Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.


Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.




KES 2 – RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).


Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.


Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.
Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.
Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.
Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang-sumber

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

13 gambar farah lee : isteri ally














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bina hotel 6 hari



BANGUNAN Hotel Ark sebelum dan selepas berjaya disiapkan tahun lepas dalam tempoh enam hari.


KEPESATAN ekonomi China telah membolehkan negara itu berkembang sebagai antara negara paling pesat membangun dalam tempoh 20 tahun. Lebih membanggakan negara itu kini berada di kedudukan kedua sebagai kuasa ekonomi dunia di belakang Amerika Syarikat (AS).
Kepesatan ekonomi negara itu menyumbang ke arah pembangunan yang lebih ketara dan kita sendiri melihat hampir kesemua bandar utamanya sudah dipenuhi bangunan pencakar langit.
Kini negara itu boleh berbangga sebagai sebuah negara pembina terpantas di dunia apabila berjaya membina bangunan dalam tempoh yang singkat.
Pada 2010, mereka berjaya membina sebuah hotel setinggi 15 tingkat di selatan China yang disiapkan hanya dalam tempoh enam hari.
Struktur asas Hotel Ark berjaya disiapkan dalam masa dua hari manakala dalam tempoh tidak sampai empat hari atau lebih tepat 90 jam lagi, kerja-kerja luaran seperti dinding tingkap siap dipasang.
Bangunan ini yang terletak di Wilayah Hunan, turut menggunakan bahan-bahan pembinaan yang enam kali lebih sedikit daripada bangunan biasa.
Para pekerja membina Hotel Ark yang lengkap dengan struktur kalis bunyi, insulasi haba dan mampu bertahan jika berlaku gempa bumi berukuran 9 Skala Richter, dengan menggunakan kaedah pasang siap secara sepenuhnya.
Menariknya walaupun kerja-kerja pembinaan dijalankan begitu pantas, tiada seorang pekerja yang cedera dan tidak banyak sisa binaan dibuang.
Terbaru
Pada minggu lepas, sekali lagi negara itu berjaya membuktikan keunggulan dalam bidang pembinaan apabila berjaya menyiapkan bangunan baru Hotel Ark.
Hotel setinggi 30 tingkat dan berukuran 183,000 kaki persegi itu berjaya dibina dalam masa 15 hari atau 360 jam.
Bangunan itu sekali lagi berjaya dibina tanpa melibatkan kecederaan pekerjanya serta mampu menahan gempa bumi sehingga 9 Skala Richter.
Hotel Ark terbaru ini dibina berhampiran Tasik Dongting, juga dalam wilayah Hunan oleh Broad Group, sebuah syarikat pembinaan Cina yang pakar dalam seni bina lestari.
Kedua-dua bangunan hotel ini menggunakan teknik bahan-bahan yang dipasang siap mengikut seksyen di kilang sebelum dicantumkan menjadi bangunan di tapak pembinaan.
Untuk menyiapkan struktur bangunan utama, ia juga mengambil masa tidak sampai 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran. Keseluruhan bangunan siap dalam tempoh 15 hari.
Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel.
Satu lagi perkara menarik, kerja-kerja pembinaannya tidaklah berlanjutan tanpa henti dalam tempoh 15 hari. Malah para pekerja pulang sebaik sahaja waktu kerja mereka tamat pada pukul 10 malam.
Pencapaian China itu menimbulkan kerunsingan dalam kalangan pakar ekonomi Amerika Syarikat tentang kemajuan negara itu dari sudut pembinaan.
Apatah lagi, China kini berbangga sebagai kuasa baru dunia, kuasa ekonomi serta keupayaan komputer supernya. Sudah pasti keupayaan yang semakin ketara itu meresahkan Barat yang selama ini dominan dalam semua bidang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq