Jom KLIK Gambar

Kisah Seram Di BUkit Putus


Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah.
Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.







Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya.
Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu.
Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya.
Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? ”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ” ” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu ”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ” tanya lelaki tu lagi. ”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??” ” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ” ” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje ye .. ehekss

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments


Mesti ramai yang suka makan kentang Mcd atau kentang KFC ni, memang sedap dan menyelerakan! Tapi tahukah anda, ada kajian yang dibuat untuk mengetahui perbezaan tentang bawah pengawet terhadap makanan segera ini!

Ada spekulasi yang mengatakan yang makanan segera milik McDonald ini dianggap susah terurai di dalam tubuh badan manusia, maka kajian ini pun dijalankan, kajian ini dilakukan pada tahun 2008 dengan meletakkan makanan tersebut dalam 2 bekas balang yang berbeze yakni meletakkan kentang goreng dari McDonald dan satu lagi kentang goreng dari Kfc.


Selepas 3 tahun, balang ini pun di buka dan hasilnya memang sangat memeranjatkan, lihat gambar di bawah..




Lihatlah hasilnya, sesetengah orang berpendapat yang kentang Mcd ni menggunakan bahan pengawet kerana masih utuh berbanding dengan kentang KFC. Namun di pihak lain ada yang berpendapat hal seperti ini terjadi kerana sistem pemprosesan di Mcdonalds lebih bersih sehingga bakteria tidak dapat menembusi dan bekembang di dalam makanan tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Berjalan 1000 Batu Demi Cinta

China- Seorang lelaki berusia 29 tahun memulakan sebuah perjalanan yang sungguh bermakna sejauh 1000 batu (1600km) hanya kerana untuk melamar seorang perempuan yang beliau cintai. Bakal isterinya itu Ling Hsueh, 23, merupakan salah seorang peminat kumpulan Proclaimers dari Scottland dan telah mencabarnya untuk berjalan 1000 batu seperti dalam salah satu lagu nyanyian kumpulan tersebut yang bertajuk “I’m Gonna Be (500 miles)”.






Ling pada asalnya hanya berjenaka apabila teman lelakinya itu telah melamar beliau dan menyuruhnya berjalan 1000 batu seperti dalam lagu tersebut. Namun, belum sempat beliau memberitahu bahawa ianya adalah sekadar jenaka, Lui Peiwen bergegas membungkus beg ‘hiking’nya dan memulakan perjalanan.

Lui Peiwen tinggal di Daereah Henan manakala kekasihnya itu pula tinggal di Daerah Guangdong yang secara kebetulan adalah 1000 batu jaraknya. Ling turut mengatakan bahawa beliau tetap akan mengahwini jejaka tersebut walaupun tidak mengharungi perjalanan 1000 batu itu dan sangat menegaskan bahawa beliau hanya bergurau dengan teman lelakinya.


Perjalanan ini mungkin akan mengambil masa selama 6 minggu dan Lui Peiwen berharap kekasihnya akan menerima lamaran tersebut setibanya beliau disana. Chorus lagu berkenaan berbunyi, “But I would walk 500 miles, and I would walk 500 more, just to be the man who walked a thousand miles, to fall down at your door”.

P/S: kepada kaum Adam di luar sana, sanggupkah anda berjalan 1000 batu untuk membuktikan cinta anda pada si dia?? hahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Keldai Tertua Di Dunia

Keldai ini dipercayai dilahirkan pada tahun 1957 (sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia) dan kini memegang rekod sebagai keldai tertua di dunia. Keldai ini diberi nama Eeyore, sempena nama watak keldai dalam siri kartun Winnie The Pooh. Pada umur 54 tahun, Eeyore telah menjangkaui batasan yang mana keldai lain hanya mampu hidup di antara 25-30 tahun.



Pemiliknya, Selwyn Demmy, 78 tahun, seorang ‘bookmaking tycoon‘ terkenal telah mengambil Eeyore untuk tinggal bersamanya di Chesire awal bulan ini dan mendapati bahawa Eeyore pernah dimiliki oleh 2 orang tuan sebelum ini selama lebih 50 tahun. Sebelum ini Eeyore dimiliki oleh seorang remaja perempuan yang berusia 20 tahun pada ketika itu dan kini wanita itu telah berusia 72 tahun dan membuktikan bahawa Eeyore telah hidup lebih dari 50 tahun.

Demmy yang mengambil banyak haiwan tak bertuan untuk menjadi temannya sejak 1983, sehingga digelar Dr Doolitle oleh kawan-kawannya. Sejak dari itu, sudah lebih seratus ekor binatang pernah datang dan pergi di ladangnya.


Demmy berkata bahawa sahabat baik Eeyore, 2 ekor Llama yang diberi nama Freddie dan Merlin telah mati beberapa minggu lepas, dan kini, Demmy telah membeli 2 ekor kambing, Andy dan Pandy untul menemani keldai kesayangannya itu. Demmy juga berharap Eeyore akan hidup dengan lebih lama dengan adanya teman barunya.

Sebelum ini, seekor keldai bernama Lively Laddie dikatakan keldai tertua pada umur 64 tahun, namun rekodnya tidak dikira kerana usianya tidak dapat disahkan oleh mana-mana saksi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Benarkah Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’?


Beberapa hari ini ada sistem pesanan ringkas (SMS) dan twitter yang berlegar dengan kata-kata berikut;
Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !
Benarkah itu maksud gangnam style?
Blogger Ipoh Malay menghuraikan isu berkenaan;
Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’
Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?
Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.
Jadi, apakah Gangnam itu?
Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.
Seperti yang tertulis di Wikipedia :
Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line.
Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.
Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’.
Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”.
Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Gangnam Style



Ketika ini lagu & video Gangnam Style sedang hangat di mainkan & di ulang lagi sekali di youtube. Dengan setakat ini lebih 70 juta view sejak di upload pada 14 Julai lalu ternyata seluruh dunia sudah terkena kesan radiasi Gangnam Style.
Seperti kita tahu, ramai peminat sudah membuat video meniru gaya tarian Gangnam Style termasuklah selebriti. Sifat nakal dalam lagu ini mengingatkan saya dengan video Party Rock Anthem oleh LMFO. Dengar 2 3 kali korang dah boleh ingat lirik lagu & melodinya walaupun tak faham apa maksud di sampaikan.
.
Maksud Sebenar Lagu Gangnam Style
.
.
Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidak hanya mempengaruhi gaya hidup sebahagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah & di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.
.
Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidak semua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’ & sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara Korea Selatan. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.
.
Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini merujuk kepada wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi. Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Remaja Perempuan15 tahun jadi Datuk Bandar Palestin


Bashaer Othman
Bashaer Othman
GENTING GAZA – Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di Palestin diberi peluang untuk menjadi Datuk Bandar Allar yang dihuni lebih 8,000 penduduk selama dua bulan selepas terpilih di bawah program pendidikan di negara itu.
Bashaer Othman turut menyimpan cita-cita untuk menjadi pemimpin di Palestin pada masa hadapan.
Remaja berjiwa besar itu juga turut menghadiri mesyuarat dan berucap di hadapan umum serta menandatangani projek pembangunan di bandar Allar tersebut sejak mula memegang jawatan terbabit hampir sebulan lalu.
“Saya mahu melakukan pembaharuan dengan menubuhkan unit pertahanan awam. Selain itu, saya juga berhasrat untuk menaik taraf perpustakaan,” katanya.-SH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq