Jom KLIK Gambar

15 TEMPAT BERHANTU DI MALAYSIA

 1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yg didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. 1 tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2.BANGLO MONA FANDEY
Banglo yg pernah didiami oleh seorang artis terkenal tanah air yg merupakan dukun. Pernah terlibat dalam 1 kes pembunuhan yg menggemparkan 1 malaya.

3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
Shopping complex yg terbengkalai sejak sekian lama. Dipercayai tempat kediaman pelbagai makhluk2 halus.

4.LEBUHRAYA KARAK
Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih2 lagi apabila di kawasan terowong ini. Seringkali mengakibatkan kemalangan yg meragut nyawa.

5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan 1 kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan2 mistik telah terjadi di sekitar kawasan itu.

6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
Sebuah apartment usang yg sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

antara tempat2 lain ialah:

7.GEORGETOWN,PENANG
8.ST MICHAEL'S INSTITUTE,IPOH
9.MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR,PERAK
10.VICTORIA'S INSTITUTION,KUALA LUMPUR
11.LOST WORLD OF TAMBUN,PERAK
12.POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR
13.PERKUBURAN ISLAM KAJANG,SELANGOR
14.KELLIE'S CASTLE,PERAK
15.PENJARA PUDU,KUALA LUMPUR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

TIPS LANGGAN CHANNEL Astro MUSTIKA secara percuma


Perghhhhh!!!! Layan Channel Astro MUSTIKA free wehhhh!!!!.....tak nak try ker.....tak rugi pun....dah ler ASTRO nak naikkan bil langganan....so apa lagi meh kita kasi lingkup ASTRO hahahaha......jom kita share ramai-ramai....baru padan muka ASTRO!!!!! walaupun kawan aku kat ASTRO tak bagi share ngan orang lain.....aku tak kira gak.....aku nak share gak ngan semua orang.....Malas nak bebel panjang-panjang moh kita CUBA TRY TEST.....korang ikut step kat bawah nie......

Untuk itu saya baru sahaja menemukan satu teknik dari rakan yang bekerja di Astro bagaimana untuk menonton Channel MUSTIKA secara percuma..

Ingat entri ini akan didelete dalam masa 24 dari sekarang sebab takut kantoi dengan pihak Astro.
Ikuti langkah-langkah dibawah ni.. ** jangan kecoh2 gi tahu jiran ye **

Hanya untuk Unlock Channel MUSTIKA Sahaja.. Selain dari itu HBO, NG, Sport ke masih tidak boleh kerana dikawal oleh pihak penyedia siaran diluar negera.
Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.
Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.
Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.
Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.
Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)
Tekan OK untuk pengesahan.
Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.
Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK
Pilih CHANNEL INFO. Tekan OKDi sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.
Langkah terakhir, tekan 130
Saksikan pratonton Mustika.
Untuk melanggan:
Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
SMS Mustika ke 32888; ATAU
Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


v
v
v
v
v
v
v

APA MACAM???? Sakit jiwa ke sakit hati hahahahaha......

Jangan marah kat aku yer.....aku pun TERKONO hahahaha......takkan aku nakTERKONO sorang-sorangkan.....baik aku share ngan korang semua......sama-samaTERKONO hahahaha........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Janda 18 Tahun


Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi... .kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak " tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La... bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn... tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

‘Isteri kedua hari-hari mau’



KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas ‘merujuk’ semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk, 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.


* BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.

Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sejarah Steve Jobs pengasas syarikat Apple



PADA 25 Ogos lalu, industri pengkomputeran dunia dikejutkan dengan pengumuman pengunduran pengasas syarikat Apple Inc. (Apple), Steve Jobs daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi.

Beliau yang telah menerajui gergasi teknologi berkenaan sejak 1976 bagaimanapun hanya memberikan alasan kesihatan ekoran pengundurannya.

Banyak pihak melihat keputusan tersebut diambil selepas Jobs sering mengambil cuti sakit sejak 2009 sehingga jarang menghadiri majlis-majlis umum syarikatnya.

Pengumuman peletakan jawatan oleh usahawan teknologi unggul itu sekali gus mengakhiri penguasaannya selama lebih 14 tahun terhadap pembangunan rangkaian produk teknologi dan pengkomputeran Apple.

Apple di bawah pimpinannya telah mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sehingga diiktiraf sebagai syarikat berpengaruh dalam industri teknologi maklumat global.

Malah, Apple juga kini muncul sebagai syarikat kedua paling inovatif dan bernilai di pasaran dunia.

Pemilik nama sebenar Steven Paul Jobs yang kini berusia 56 tahun mula terlibat dalam aktiviti pembangunan komputer sekitar tahun 1970-an.

Ketika itu, beliau dan rakannya, Steve Wozniak yang juga pengasas bersama syarikat Apple telah mencipta dan membangunkan produk komputer peribadi pasang siap, Apple I pada 1976.

Ia diikuti pengenalan produk Apple II pada tahun berikutnya sekali gus menjadikan Apple sebagai pemain utama industri komputer peribadi ketika itu.

Pada masa sama, Apple II telah menjadi simbol revolusi kepada industri komputer peribadi dunia dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Kejayaan tersebut dinilai daripada segi kesempurnaan spesifikasi teknikal Apple II termasuk perkakasan, warna grafik dan perisian yang digunakan.

Sekitar tahun 1981, Jobs memperkenalkan pula komputer peribadi Apple Macintosh yang mana spesifikasi antara muka grafik pada produk itu telah menerima pengiktirafan di peringkat komersial.

Selepas menghadapi konflik dengan syarikatnya, beliau kemudian menubuhkan syarikat komputer NeXT Computer pada 1986.

Sepanjang tempoh bersama NeXT Computer, Jobs berjaya menghasilkan komputer peribadi interpersonal termaju menggunakan cip pemproses isyarat digital.

Jobs yang berkhidmat dengan syarikat NeXT Computer sehingga tahun 1995 kemudiannya kembali menerajui Apple pada 1997 dengan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

Di bawah pentadbirannya, Apple terus mengecap kejayaan dan mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.

Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan perisian sistem operasi pertama mereka, Mac OC X selain beberapa aplikasi pengkomputeran menerusi platform iApps seperti iMovie, iTunes, iPhoto, iCal dan iSync.

Tahun yang sama juga menyaksikan Jobs merancang strategi untuk terlibat dalam industri hab digital merangkumi penghasilan produk seperti kamera digital, kamera video, pemain MP3, telefon bimbit dan peranti digital.

Momentum kejayaan Apple terus dirancakkan menerusi pengenalan produk pemain MP3 dikenali sebagai iPod pada tahun 2001.

iPod yang disempurnakan bersama kelebihan reka bentuk unik dan cantik serta mempunyai antara muka pengguna pintar hadir bersama siri iPod Classic, iPod Mini, iPod Shuffle dan juga iPod Nano.

Tidak cukup dengan itu, kejayaan dalam bidang telekomunikasi turut dicatatkan Apple pada tahun 2007 apabila memperkenalkan peranti telefon bimbit pintar iPhone dan komputer tablet iPad yang kini semakin menarik perhatian masyarakat dunia.

Selepas legasi Steve Jobs berakhir, pentadbiran syarikat Apple Inc. bakal diterajui pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru, Tim Cook.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pemain Malaysia Pertama Bermain Untuk Manchester United | Ramli Jersi No.19


Iklan TM terbaru yang memperkenalkan pemain Pertama Negara yang beraksi Untuk Manchester United.....iaitu RAMLI yang memakai jersi nombor 19.
RAMLI NO.19
Ramli Player Manchester United
Hebat bukan...


Ramli TM dan Ramli MU kita tak kenal pun siapa Ramli di Manchester United (MU) / Ramli bermain di Manchester United, tetapi setelah Telekom Malaysia (TM)membuat iklan komersial nama RAMLI terus melonjak naik dicari, dipastikan siapa ituRAMLI yang bermain untuk Pasukan Manchester United (MU).
Bermulanya Kisah RAMLI TM
Sejak muncul di kaca Television setelah ‘score gol‘ kemenangan Manchester United, tiba-tiba nama Ramli (jersi 19) meletup popular. Ramai yang ingin mengenali siapa Ramli yang menjadi pemain pertama Malaysia yang bermain untuk kelab terkenal Manchester United itu malah turut menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya.
Kisah Ramli bermula pada tahun 1998 apabila beliau sering dimarahi oleh bapanya disebabkan kegilaannya terhadap sukan bola sepak. Namun, minatnya itu ditentang oleh bapanya yang mahukannya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Sebaliknya,Ramli bertekad untuk membuktikan kepada bapanya bahawa cintanya terhadap sukan bolasepak itu bukanlah sekadar angan-angan.
Sehinggalah pada tahun 2011 berkat bakat dan kesungguhannya terhadap bolasepak, beliau telah terpilih untuk menyarung jersi pasukan Manchester United dan menjadipemain pertama Malaysia beraksi di EPL. Malah beliau turut menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya itu. Bapanya akhirnya berbangga dengan pencapaian anaknya itu.





Itulah serba sedikit kisah Ramli dan Manchester United dalam iklan komersial terbaru TM. Menarik bukan? Mungkin ianya diibaratkan sebagai angan-angan, tapi tak mustahil ianyanya boleh direalisasikan sesuai dengan slogan iklan ini ‘Menjadikan Kemungkinan Satu Realiti‘.

Tahniah Telekom Malaysia kerana berjaya membawa Ramli beraksi di Manchester United. Walaupun hanya dalam iklan TM

sumber : http://malaysiascore.blogspot.com/2011/09/pemain-malaysia-pertama-bermain-untuk.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Duit Lama Malaysia

1. RM1000


2. RM500


3. RM100






4. RM50



5. RM20


6. RM10



7. RM5



malaysia coinsmalaysia coinsmalaysia coins
malaysia coins


8. RM1




Koleksi Syiling RM1
DepanBelakang
1. Semperna Penganugerahan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya 1971.


DepanBelakang
2. Ulang Tahun KWSP ke-25,1976.


DepanBelakang
3. Edisi Khas - 35th Annual Conference PATA, 9-16 April 1986.


DepanBelakang
4. Syiling Rancangan Malaysia ke-5


DepanBelakang
5. Bersemperna ulangtahun kemerdekaan ke-20tahun, 1959-1979.


DepanBelakang
6. South Asian Games di Kuala Lumpur


depanback
7. Ulangtahun kemerdekaan ke-30tahun, 1957-1987


RM 1 dpnRM 1 back
8. Syiling RM1



9. Ulangtahun ke-100 Getah, 1877-1977.



10. Rancangan Malaysia ke-3.



11. Lain-lain syiling



sumber : http://hakimiabutalib.blogspot.com/2011/08/duit-lama-malaysia.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq