Sebelum ini Kia telah mendedahkan beberapa keping gambar sebuah model konsep terbaru yang akan dipamerkan di Frankfurt Motor Show 2011. Terkini, model konsep saloon empat pintu itu telah diberikan nama sebagai Kia GT, dan beberapa maklumat tambahan turut didedahkan.
Selain memiliki pacuan roda belakang dan menjadi kereta pertama Kia dengan ciri tersebut, enjinnya merupakan dari jenis Lamda V6 3.3-litre T-GDI [turbocharged, gasoline direct injection], lengkap dengan kotak gear automatik 8 kelajuan.
Kuasa kuda yang berjaya diekstrak dari enjin tersebut sebanyak 395 PS dan tork maksimum pula setinggi 534Nm. Kereta konsep Kia GT mempunyai saiz yang agak besar, di mana dimensi ukurannya seperti berikut – panjang 4,690mm, lebar 1,890mm, tinggi 1,380mm dan jarak titik roda 2,860mm. Pintunya mempunyai bukaan jenis unik yang bertentangan antara pintu depan dan belakang.
Rekaan keseluruhan terutama bahagian belakang dan depan begitu sporty dan luar biasa. Masih belum dapat dipastikan sama ada Kia GT akan menjadi sebuah model produksi, jika menjadi kenyataan model itu dirasakan mempunyai pasaran dan peminat tersendiri. Pandangan pertama mengatakan rekaan keseluruhan Kia GT tidak menghampakan.
0 comments:
Post a Comment