MyKad Baru
Mulai Januari tahun depan (2012), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Mykad versi baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Untuk rekod, MyKad versi baru ini dapat menangani isu pemalsuan MyKad lama serta dapat meningkatkan lagi kualiti dan ketahanannya. Kualiti cip pada MyKad versi baru ini juga dinaiktaraf.
Gambar Mykad baru Akan Di Laksanakan Tahun Hadapan (2012)
CIRI-CIRI MYKAD BARU
- Diperbuat daripada bahan "Polycarbonote"
- Lebih tahan lasak
- Mempunyai Imej Tirusan Leser pada bahagian hadapan MyKad
- UV Pelbagai Warna dibahagian belakang
- Cip 80kb
- Cetakan Pelangi
- Nombor MyKad Tirusan Laser
- Anti-Copy Protection
- Corak Guilloche
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Pemohon baru akan diberikan Mykad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.
0 comments:
Post a Comment