Jom KLIK Gambar

Video dan Gambar Ujian Pelanggaran Paling Laju Di Dunia (Mengancam!)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah korang tengok ujian pelanggaran kenderaan automotif sebelum ni? Kalau belum, mari kita tengok video di bawah ni. Ujian pelanggaran (atau crash test) ini adalah yang paling laju pernah dibuat di dunia. Apakah akibatnya jika bawa kenderaan selaju 120 km/h dan berlanggar dengan bangunan konkrit? Mari kita lihat video ujian pelanggaran kereta Ford Focus! Dalam kemalangan jalanraya, bukan kelajuan yang membunuh tetapi kerana kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba. P/S: Perjalanan menuju kematian telah bermula sejak kita dilahirkan ke dunia ini.

Video Ujian Pelanggaran Paling Laju Di Dunia

Gambar-gambar Ujian Pelanggaran Paling Laju Di Dunia

Ini merupakan gambaran saat genting di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j) di dalam satu ujian pelanggaran paling pantas di dunia.
Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j) di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah produksi kereta.
Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on) berlaku pada kelajuan tiga kali ganda kelajuan lazim yang digunakan di dalam penentuan tahap keselamatan sebuah kereta.
Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia. Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam sela masa 60 mili saat dan akibatnya agak mengerikan.
Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam kereta ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hak Milik Kekal Qaseh Aneq